NASIB beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini umpama nyawa-nyawa ikan apabila kecundang kali kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China sebentar tadi
Dalam aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou itu, Aaron-Wooi Yik yang tampil selaku gandingan ketiga dunia tewas dalam pertarungan tiga set 21-19, 18-21, 20-22 kepada beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.
Untuk rekod, ia adalah kekalahan keempat Aaron-Wooi Yik kepada Yu Chen-Xuan Yi sekalipun mereka meraih kemenangan dalam dua aksi terakhir termasuk pada Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Oktober lalu.
Atas kertas, Aaron-Wooi Yik yang juga juara dunia 2022 kini perlu mengharapkan keajaiban untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada kejohanan akhir musim itu.
Pertemuan menentang satu lagi wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi terakhir Kumpulan A pada Jumaat bakal menjadi penentu nasib Aaron-Wooi Yik.
Sekiranya tumbang di tangan beregu nombor satu dunia itu, Aaron-Wooi Yik sudah boleh berkemas dan meninggalkan bumi Hangzhou lebih awal.
Ironinya, Wei Keng-Wang Cheng menjadi ‘penyelamat’ Aaron-Wooi Yik apabila mereka menewaskan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 23-21, 21-17 dalam satu lagi aksi Kumpulan A sebentar tadi.
Kemenangan itu turut menghidupkan semula peluang Wei Keng-Wang Cheng ke separuh akhir selepas mereka tewas mengejut 18-21, 21-16, 16-21 kepada Yu Chen-Xuan Yi dalam aksi pembukaan.
Malah, Hoki-Kobayashi juga masih berpeluang meloloskan diri daripada peringkat kumpulan jika berjaya mengalahkan Yu Chen-Xuan Yi dalam satu lagi aksi Kumpulan A pada Jumaat.
Ketika ini, Yu Chen-Xuan Yi menjadi satu-satunya wakil daripada peringkat Kumpulan A yang mengesahkan tiket separuh akhir selepas merekodkan dua kemenangan.
Wei Keng-Wang Cheng dan Hoki-Kobayashi pula masing-masing meraih satu kemenangan, manakala Aaron-Wooi Yik tewas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.
Pada Rabu, Aaron Wooi Yik bermula langkah kiri apabila tewas 16-21, 21-14, 18-21 kepada Hoki-Kobayashi dalam aksi sulung Kumpulan A.
Mengikut format pertandingan Jelajah Dunia Akhir BWF, hanya dua wakil teratas dalam setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
sumber:- SH
Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik gagal melepasi peringkat kumpulan dalam tiga edisi terakhir Jelajah Dunia Akhir BWF.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More