sukan

Jaringan solo Arif Aiman sangat gemilang

Ketinggalan pada babak pertama kepada BG Pathum United ia tidak memberi halangan untuk anak didik Esteban Solari bangkit dalam babak kedua dan itu telah dibuktikan dengan keputusan perlawanan yang memberansangkan pada perlawanan terakhir Kumpulan I pusingan akhir Piala Juara-juara Asia (ACL).

Walaupun tidak berjaya layak ke pusingan seterusnya tetapi Harimau Selatan telah membuktikan kepada seluruh peminat bola sepak Asia bahawa pasukan dari selatan tanah air itu akan menjadi pasukan pencabar yang hebat pada masa hadapan.

Ini boleh dilihat daripada segi konsistensi permainan yang ditampilkan oleh pemain-pemain Harimau Selatan sepanjang perlawanan pada peringkat kumpulan dengan keyakinan diri yang tinggi serta kualiti teknik individu yang baik terutama pemain-pemain muda tempatan seperti Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi.

Itu telah dibuktikan oleh mereka apabila berjaya mengekang dan melepasi setiap halangan yang dilakukan pertahanan lawan seperti jaringan yang di cipta Arif Aiman.

Bukan mudah untuk pemain muda apabila beraksi di peringkat tertinggi sekiranya tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta kekerapan bermain dengan pendedahan yang diberikan baik di peringkat akar umbi ataupun di peringkat elit.

Ini yang berlaku kepada Arif dan Feroz apabila pengurusan kelab dan barisan kejurulatihan Harimau Selatan yakin dengan bakat yang mereka miliki serta tidak rasa takut untuk menurunkan mereka dalam kesebelasan utama baik di peringkat liga tempatan atau pun antarabangsa.

Hasilnya, Arif Aiman telah berjaya menjaringkan gol terakhir JDT dengan aksi solonya yang penuh bergaya dan gemilang bagi penutupan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) serta berjaya mengumpul tiga jaringan.

sumber:- SA

Diharapkam dengan aksi cemerlang pemain-pemain muda JDT ini, ia dapat memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda mengejar impian mereka dan pengurusan serta jurulatih di peringkat kelab juga dapat memikirkan ruang untuk pemain muda supaya dapat diketengahkan kerana mereka-mereka ini merupakan aset dan masa depan bola sepak Malaysia.