sukan

Jangan harap nak ‘sambar’ 3M TFC

Jika ada pasukan mahukan khidmat tiga tonggak muda Terengganu FC (TFC) iaitu Muhammad Safwan Mazlan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Muhammad Syahmi Zamri, pada musim depan, mereka boleh melupakan hasrat itu.

Ini kerana pemain dikenali ‘3M’ itu sudah menyambung kontrak bersama TFC sehingga musim 2026, sekali gus kekal bersama skuad itu sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Menerusi kenyataan rasmi TFC hari ini, dua pemain pertahanan dan seorang penyerang itu memutuskan untuk kekal bersama TFC.

“Tiga pemain muda iaitu dua pemain pertahanan, Muhammad Safwan, 21, dan Muhammad Ubaidullah, 20, dan penyerang, Muhammad Syahmi, 23, setia bersama TFC.

“Mereka memutuskan untuk terus kekal bersama kelab ini dan bersetuju menandatangani kontrak jangka panjang sehingga 2026.”Pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner menyatakan ketiga-tiga tonggak muda itu adalah prospek penting dalam pelannya bersama skuad Penyu dan pemain ini serta beberapa pemain lain mempunyai kualiti untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa akan datang,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu beberapa pasukan mula mengintai khidmat tiga pemain itu selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim ini.

sumber:- HM

Pada aksi final Piala Malaysia Jumaat lalu, tiga pemain ini mempamerkan aksi berkualiti biarpun masih mentah daripada segi pengalaman dan TFC tewas 1-3 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago