sukan

Penjelasan FAM belum cukup

Biarpun penjelasan dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu pengadil di aksi final Piala Malaysia Jumaat lalu, ia sama sekali tidak meredakan kemarahan peminat setia skuad Terengganu FC (TFC).

Malah, penyokong TFC menuntut pengadil, S Logeswaran memohon maaf kepada mereka, selain didenda dan digugurkan daripada menduduki jawatan itu kerana ia boleh menjadi barah jika masih berada dalam barisan pengadil FAM.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak TFC, Mohd Isa Che Ariffin berkata, walaupun penjelasan dimaklumkan FAM, penyokong tidak boleh menerima jawapan itu yang dilihat bercanggah dengan pandangan penggiat sukan nombor satu itu selain kenyataan dilihat berat sebelah.

“Kami boleh menerima jawapan dikemukakan FAM berhubung enam pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak dapat bertugas pada aksi final itu atas faktor kenegerian selain ada tugasan pengadil di luar negara, tapi kenapa pengadil FIFA sejak 2012 dari Kedah, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak dipetik dalam kenyataan FAM?

“Malah penjelasan berhubung insiden penalti pertama yang diberikan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minit keenam begitu lemah dan dilihat seolah-olah mahu menutup kesilapan dilakukan pengadil dari Selangor itu ketika ramai bekas pemain, jurulatih dan pengadil mengatakan tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti.

“Kami percaya perlawanan ini banyak membantu kami, tapi pada masa sama saya fikirkan bukan mudah untuk mengutip tiga mata, lebih-lebih lagi skuad Terengganu begitu kebal setakat ini dengan mengekalkan rekod tanpa kalah,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, kapten skuad The Tridatu Warriors itu, Ilija Spasojevic, tekad mahu mengutip tiga mata biarpun sedar skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner itu sukar untuk ditewaskan.

Bekas pemain Melaka United FC (MUFC) itu berkata, hanya kemenangan mampu melonjakkan pasukannya di tangga kedua kumpulan selepas ketinggalan dua mata dengan TFC.

“Kami bermain baik menentang kelab Filipina sebelum ini, dengan TFC kami terikat 1-1.

“Saya jangka esok perlawanan sukar, TFC adalah pasukan hebat dan berpeluang layak, kami percaya mereka akan bagi sepenuhnya.

sumber:- HM

“Apapun jurulatih sudah merangka strategi terbaik dalam misi mengutip tiga mata,” katanya.