sukan

Layanan pengadil buat Final jadi kecoh

Aksi final Piala Malaysia sedikit kecoh selepas persembahan pengadil, S Logeswaran lebih mencuri tumpuan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini selepas Logeswaran didakwa memberikan penalti yang ‘lembut’ buat JDT susulan kekasaran Azam Azmi Murad ke atas Fernando Forestieri pada minit kelima.

Logeswaran tampak tidak menunggu masa yang lama untuk menghadiahkan penalti kepada Harimau Selatan yang disempurnakan Bergson da Silva untuk gol pembukaan.

Namun ‘layanan berbeza’ diberikan kepada TFC apabila penyerangnya, Ivan Mamut dijatuhkan Jordi Amat.
Logeswaran pada mulanya tidak memberikan sepakan penalti namun pembantu pengadil, Muhammad Farhan Abdul Aziz mengangkat bendera untuk mengesahkan ia adalah penalti.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam penyerang import TFC, Ivan Mamut juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 apabila dia dijatuhkan kapten JDT, Jordi Amat.

Beraksi di atas padang rosak terutama di bahagian tengah, ia menjejaskan rentak kedua-dua pasukan dengan JDT yang terkenal dengan corak hantaran pendek dilihat bergelut untuk mengatur gerakan terbaik.

Bagaimanapun, kecederaan yang dialami Shane Lowry selepas bersambung babak kedua seakan memberi tuah buah Feroz Baharudin apabila dia dipilih pengendali JDT, Esteban Solari untuk menggantikan pemain import dari Australia itu.

Kemasukan Feroz memberi keceriaan kepada buat kem Harimau Selatan pada minit ke-73 selepas menanduk masuk bola sepak penjuru Heberty Fernandes untuk kembali meletakkan juara tiga kali Piala Malaysia itu di hadapan.

Arif Aiman Hanapi kemudian melengkapkan malam gemilang JDT apabila meledak gol ketiga menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan selepas dia dijatuhkan Shahrul Nizam Ros Hasni.

sumber:- BH

Untuk rekod, ia kejuaraan Piala Malaysia kali keempat dimenangi Harimau Selatan selepas musim 2017, 2019, 2022.