Jaringan voli Virgil van Dijk pada separuh masa pertama membolehkan Liverpool melakar kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana menewaskan Sheffield United, memberi tamparan buat pengendali Blades, Chris Wilder permulaan mengecewakan sekembalinya ke kelab itu.
Kemenangan itu melonjakkan Liverpool di tangga kedua dengan 34 mata, dua di belakang pendahulu Arsenal, manakala Wilder berdepan cabaran sukar selepas mengambil alih Sheffield United Selasa lalu apabila mereka kekal berada di tangga tercorot dengan lima mata selepas 15 perlawanan.
Biarpun berdepan kekalahan, Wilder memuji barisan pemainnya yang dapat bertahan ketika Liverpool menguasai lebih daripada 75 peratus penguasaan bola tetapi hanya berjaya mencipta beberapa peluang ke gawang.
Kapten Liverpool, Van Dijk menjaringkan gol pertamanya musim ini pada minit ke-37 bermula dari tendangan sudut ketika pertahanan kental tuan rumah mengawal ketat gawang gol mereka.
Terdapat juga unsur kontroversi mengenai gol kedua The Reds pada masa kecederaan apabila Darwin Nunez dikatakan tidak melakukan kesalahan ke atas Jayden Bogle yang menyaksikan Dominik Szoboszlai meledakkan gol.
Liverpool, hanya tewas sekali dalam liga musim ini dan kini kembali mendekatkan jarak dengan dua mata dari Gunners.The Blades, kekal di kedudukan tercorot, empat mata daripada keselamatan, selepas kekalahan ke-12 dalam 15 perlawanan liga.
“Ia adalah persembahan yang sangat matang dan berdaya tahan,” kata pengendali Reds Jurgen Klopp.
“Kami tidak membiarkan suasana itu menguasai permainan. Saya rasa semua orang benar-benar bersedia untuk melakukannya dan kami berjaya memenanginya.
“Gol pertama adalah gol yang hebat dan gol kedua adalah luar biasa – kami ingin menamatkannya lebih awal tetapi kami mengambil tiga mata dan meneruskannya.”
Van Dijk melahirkan rasa lega pada wisel penamat ditiup dan pasukannya meloloskan diri dengan kemenangan selepas aksi penuh bersemangat daripada tuan rumah.
“Jelas sekali, anda perlu bekerja keras untuk setiap perlawanan, terutamanya menentang pasukan yang bertukar pengurus. Ia sentiasa menjadi satu pertempuran tetapi kami melakukannya dengan baik dan berhak mendapat tiga mata,” katanya.
sumber:- HM
“Apabila anda mendapat peluang percuma seperti itu, anda perlu menamatkannya (dan) saya gembira kerana saya melakukannya. Ia adalah gol penting, terutamanya apabila anda cuba menewaskan pasukan lebih rendah,” tambah Van Dijk.