Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan dua slot diberikan buat kelab Liga Malaysia bagi saingan peringkat Asia 2024/2025.
AFC telah memperuntukkan dua slot pertandingan kelab AFC Tier 1 dan Tier 2. Slot pertama untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit yang dipilih berdasarkan juara Liga Super.
Slot kedua pula adalah Liga Juara-Juara Asia II yang telah diputuskan Malaysian Football League (MFL)/ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada pasukan yang muncul naib juara Liga Super, naib juara FA atau juara/naib juara Piala Malaysia.
Kelab-kelab yang layak hendaklah menepati syarat-syarat pelesenan kelab yang ditetapkan oleh AFC. Jika sebaliknya, penggantian kelab untuk mengisi kekosongan slot tersebut adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan MFL.
sumber:- SA
Berdasarkan saingan musim 2023, juara Liga Super dan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal beraksi dalam saingan ACL sementara Selangor yang muncul naib juara Liga Super bakal beraksi dalam ACL II bagi musim hadapan.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More