sukan

JDT mahu guna rumput hybrid

Kehebatan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usaha mempertingkatkan kualiti padang di venue mereka cukup sukar diikuti pasukan lain apabila mereka melangkah setapak ke hadapan lagi dengan bakal menggunakan rumput jenis hybrid pada masa akan datang.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakukan pemeriksaan terhadap pemasangan padang jenis hybrid yang baharu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

“Padang hybrid ini akan menjadi satu-satu seumpamanya dalam bola sepak Malaysia. Padang hybrid merupakan teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.

“Padang hybrid di Larkin merupakan campuran rumput tiruan dan empat jenis benih rumput yang diberi nama ‘JDT Blend’. Selepas menganalisa hasilnya, rumput tersebut akan dipasang di kesemua kemudahan fasiliti JDT yang lain, termasuk Stadium Sultan Ibrahim,” katanya.

Mengikut rekod, kualiti tahap tinggi dimiliki padang hybrid adalah teknologi moden yang pada masa ini digunakan di Eropah.

sumber:- HM

Antara kelab besar di Eropah yang menggunakan rumput jenis ini ialah di Camp Nou, Old Trafford dan juga Anfield.