sukan

Faisal Halim akhirnya beri bayangan

Nampaknya peminat Selangor FC boleh menarik nafas lega apabila pemain utama mereka, Faisal Halim memberi bayangan akan terus kekal bersama pasukan itu untuk musim hadapan sekali gus menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia 2024-2025 (ACL 2).

Sebelum ini, terdapat desas-desus pemain kelahiran Pulau Pinang itu dikatakan akan berhijrah ke pasukan baharu musim hadapan.

Faisal atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mickey antara watak penting skuad Red Giants musim ini sekali gus memastikan pasukannya menjejakkan kaki ke pentas Asia selepas sekian lama menyepi. Malah prestasinya juga berjaya membantu Harimau Malaya terus mencatat keputusan positif untuk tahun ini.

Musim 2022, pemain kebangsaan itu bersama Terengganu FC dan berjaya membantu pasukan berkenaan ke Piala AFC musim ini tetapi tidak sempat bermain kerana berhijrah ke Selangor FC.

“2022 bersama Terengganu layak ke Asia (alhamdullilah), tapi tak sempat merasa hasil kerja keras ke Asia kerana memilih cabaran baru, haluan baru ke Selangor.

“2023 bersama Selangor layak ke Asia (alhamdullilah). Dua tahun layak ke Asia (alhamdullilah) rezeki dari Allah, Insyaalah 2024 bersama Merah Kuning terbang ke Asia,” tulisnya di Facebook miliknya.

Selain itu, rata-rata penyokong Selangor FC sangat teruja apabila mendengar pemain berusia 25 tahun itu akan kekal bersama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe.

“Tahniah FH (Faisal Halim). Terima Kasih sentiasa buat yang terbaik untuk Selangor. Kami sangat sayangkan kamu permata berharga buat Selangor FC. Harap nya, kasih sayang antara kamu dan penyokong sekalian kekal buat kamu kekal di Selangor FC selama mana yang mungkin. Insyallah amin, “kata Monalisa Harry.

“Amin moga Faisal Halim terus setia bekerja dan brkhidmat dengan Selangor FC. Moga masih kental dan semangat bersama merah kuning. Kerja keras yang mendatangkan hasil kejayaan. Buat diri dan pasukan, kami sayangkan FH untuk kekal di Selangor. Semoga terus letak hati untuk Merah Kuning ya, F, terima kasih, ” kata Ahmad Syafie.

sumber:- HM

“Tahniah Selangor FC. Tahniah Mickey. Usaha itu tangga kejayaan. Tahniah dari penyokong Terengganu FC,” kata Seha Safiera.