sukan

Tindakan kurang bijak tidak sepatutnya dilakukan

Dengan status sebagai penjaga gol kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Rahadiazli Rahalim tidak sepatutnya melakukan perkara seperti itu.

Kesilapan kurang bijak daripada dirinya menyebabkan Terengganu FC (TFC) terpaksa berputih mata apabila seri 1-1 di gelanggang lawan pada perlawanan Liga Super menentang Penang FC, semalam.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner sepatutnya boleh pulang ke Terengganu dengan penuh kegembiraan namum kejadian jaringan penyamaan minit terakhir di masa kecederaan itu pasti mengganggu fokus persiapan mereka menjelang aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Disember ini.

Melihat situasi berkenaan, hantaran lintang dari pemain Penang FC itu tidak berbahaya malah jauh dari pintu gol TFC dan tidak sepatutnya Rahadiazli keluar kerana masih ada rakan sepasukan di kawasan itu.

Di ruangan komen di Facebook Bola Sepak Terengganu, rata-rata peminat TFC sangat kecewa dengan tindakan penjaga gol muda itu kerana mereka menganggap Rahadiazali seorang pemain yang berbakat.

“Maaf la, ini pandangan saya, dia ini dari awal penampilan lagi saya tak berkenaan cara dia main. Tak pandai nak guna kelebihan yang ada. Tak belajar dari kesilapan, banyak tak kena cara dia main. Bagi saya setakat ini Suhaimi lagi ok,” kata Azihi Mohamad.

“Sayang ke bakat kalau tuan diri kerap sangat buat kesilapan sebegini. Bukan sekali jadi seperti ini. Dari awal musim bila di beri peluang, dia buat begini. Sabar jela,” kata Lukman Abdullah.

sumber:- HM

“Berat GK (goal keper) ini. Pemain ada lagi itu boleh challenge, kamu cepat sangat keluar buat apa. Tepis bola tak apa juga, ini tepis kepala orang buat apa. Baik-baik boleh dapat tiga mata, jadi satu mata,” kata Mohd Aizat Fitri.