sukan

Komen Fandi selepas tumbang di tangan JDT

Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad tetap berbangga dengan komitmen yang dipersembahkan anak buahnya biarpun tewas 0-2 kepada Johor Darul ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, tanpa sembilan pemain dan bergantung sepenuhnya kepada pemain simpanan dan sedia ada, mereka membuktikan komitmen dan disiplin sepanjang 90 minit perlawanan.

“Saya dan barisan kejurulatihan berpuas hati dengan persembahan walaupun tewas kerana Sri Pahang berdepan dengan pasukan yang jauh lebih baik.

“Cuma saya kesal kerana dua gol, masing-masing satu dibolosi seawal minit keenam dan tiga minit sebelum berakhir separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, semua pemain dapat beraksi dengan lebih baik.

“Namun, saya tetap bangga dengan kesungguhan semua pemain kerana mereka memberikan yang terbaik buat pasukan pada perlawanan terakhir di Stadium Darul Makmur musim ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, Sri Pahang tidak dapat menyenaraikan dua pemain import, Kevin Ingreso dari Filipina dan Lucas Silva (Brazil) kerana kontrak mereka berakhir pada 30 November lalu.

sumber:- HM

Selain itu, kapten pasukan, Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin dan Zuhair Aizat Mohd Nazri berdepan masalah kecederaan manakala Fadhli Shas digantung satu perlawanan.