Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Nafuzi Zain tetap berbangga dengan usaha yang ditunjukkan pemainnya meskipun gagal memintas Selangor FC untuk naik ke tangga kedua liga selepas tewas tipis 0-1 kepada Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.
Menurut Nafuzi, pemainnya sudah memberi tentangan serta penguasaan yang terbaik sepanjang perlawanan disamping turut berpeluang mendapatkan gol namun rezeki tidak memihak Sang Kenari.
“Kami sudah berusaha dan mencuba hingga ke hujung perlawanan namun rezeki tidak memihak kami, sebaliknya Selangor berjaya mencipta peluang dan menjaringkan gol. Saya rasa kami kurang dari segi penyudah.
“Namun saya tetap berbangga dengan komitmen dan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pemain kerana kita tahu ini adalah perlawanan berintensiti tinggi,” katanya.
Nafuzi juga menjelaskan arah sasaran Kedah kini beralih ke saingan menuju tangga ketiga liga dengan menyaksikan pertembungan Kedah dan Sabah FC pada 17 Disember ini sebagai penentu tempat ketiga.
“Kini KDA FC akan bersaing dengan Sabah FC merebut tempat ketiga dan kami perlu menang ke atas Sabah apabila bertandang ke Kota Kinabalu.
sumber:- HM
“Apapun saya tetap berpuas hati dengan pencapaian menamatkan saingan di kelompok empat teratas musim berdasarkan kekuatan yang kami miliki. Jika dilihat hanya Kedah saja tidak dibarisi pemain kebangsaan.”