Peta Hala Tuju F:30 yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memasuki babak kedua dengan tujuan bagi memastikan pasukan senior sentiasa mempunyai limpahan bakat muda pada masa akan datang.
Pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon berkata, F:30 bakal memainkan peranan yang penting dalam pembentukan skuad negara selaras dengan misi Fasa 2 yang meletakkan sasaran lebih tinggi bagi mendominasi rantau ini.
“Saya fikir kita harus mengekalkan perancangan kita secara konsisten dan melihat apa lagi perkara yang belum kita capai berdasarkan perancangan yang kita ada selepas empat tahun pertama.
“Kita perlu terus menyokong pelan dalam empat tahun seterusnya supaya pemain muda kita dapat menjadi pemain yang lebih baik dan boleh diserapkan dalam skuad senior pada satu hari nanti,” katanya.
Terdahulu, FAM melancarkan Fasa 2 F:30 bagi meneruskan kesinambungan Fasa 1 yang dilancarkan pada 2018 untuk mencapai sasaran mendominasi Asean membabitkan urustadbir, pertandingan dan pembangunan.
Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell melihat saingan akar umbi perlu menjadi lebih kompetitif dan penganjuran lebih banyak pertandingan akan memberi manfaat kepada pemain muda.
“Kita ada saingan Piala Belia dan Piala Presiden supaya mereka mendapat lebih banyak minit permainan sebelum menuju ke peringkat seperti Liga Bawah 23 tahun (B-23) dan juga Liga Super.
“Cabaran yang kita perlu hadapi adalah untuk memastikan liga itu sentiasa kompetitif kerana kita tidak mahu keputusan yang tidak seimbang.
sumber:- HM
“Kita juga ada liga di peringkat sekolah dan bukan sahaja untuk kanak-kanak lelaki tetapi juga untuk kanak-kanak perempuan,” katanya.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More