Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui tugas berat menanti skuadnya apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Legenda bola sepak Singapura itu berkata, ini kerana skuad Tok Gajah tidak dapat menurunkan sembilan pemain yang sudah pasti memberi kesan dalam membentuk pasukan lebih mantap.
“Sri Pahang tidak dapat menyenaraikan dua pemain import, Kevin Ingreso dari Filipina dan Lucas Silva (Brazil) kerana kontrak mereka berakhir pada 30 November lalu.
“Kapten pasukan, Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin dan Zuhair Aizat Mohd Nazri pula berdepan masalah kecederaan manakala Fadhli Shas digantung satu perlawanan.
“Pada masa sama, tiga pemain pinjaman JDT iaitu Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Syazwan Andik dan Izham Tarmizi Roslan pula tidak boleh disenaraikan.
“Dengan ketiadaan mereka, perlawanan itu agak berat dan sukar yang perlu dihadapi semua pemain untuk menyekat JDT daripada membawa pulang mata,” katanya.
sumber:- HM
Fandi berkata, Harimau Selatan tewas 0-5 di tangan kelab Jepun, kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), Selasa lalu, sudah pasti mahu menebus kekecewaan.