sukan

Ronaldo jadi bahan ejekan selepas dibelasah

Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ketika pasukannya, Al-Nassr dibelasah pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal 3-0.

Bintang Portugal itu jelas kecewa sebaik tamat perlawanan yang menyaksikan pasukannya semakin ketinggalan di belakang Al-Hilal.

Ronaldo bergandingan dengan bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane tetapi tidak berupaya menembusi benteng Al-Hilal sepanjang 90 minit.

Related Post

Al-Hilal memastikan kemenangan hasil jaringan Sergej Milinkovic-Savic dan Aleksandar Mitrovic.
Ronaldo turut diejek penyokong tuan rumah yang melaungkan nama Lionel Messi, tetapi bekas penyerang Manchester United itu membalasnya dengan memberi isyarat ciuman.

sumber:- BH

Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, gawang Al-Nassr dibolosi tiga kali dalam tempoh 30 minit di babak kedua.Ronaldo, 38, tampak berang selepas tamat permainan yang menyaksikan dia gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam empat aksi liga. – AGENSI