sukan

Sabah sah mara selaku Juara di AFC

Misi tiga Sabah FC berjaya disempurnakan dengan penuh bergaya apabila mengatasi Hougang United dalam aksi Piala AFC di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.

Sabah bertandang ke Singapura bertemu Hougang dalam misi memastikan mereka kekal di puncak Kumpulan H.Tae-su bakal bergandingan bersama Dominic Tan di bahagian pertahanan.

Separuh masa pertama disajikan gerakan serangan yang bertubi-tubi daripada Sabah FC sementara perlawanan terpaksa dihentikan seketika ekoran hujan lebat.

Jaringan sendiri Naoki Kuriyama dan Darren Lok memastikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tenang mengawal rentak permainan.
Bersambung di separuh masa kedua, Sabah hanya memerlukan empat minit untuk meledak gol ketiga perlawanan hantaran Cifu disempuranakan Ramon Machado menerusi rembatan deras dari jarak dekat.

Walaupun perlawanan sudah menjadi milik pelawat, Sabah bagaimanapun tidak mengurangkan tempo serangan sepanjang perlawanan, deretan peluang demi peluang dilancarkan dalam usaha memburu jaringan tambahan.

Dan usaha mereka membuahkan hasil, sekali lagi Hougang dihantui jaringan sendiri dan kali ini, Anders Aplin yang menampan masuk hantaran Rizal Ghazali.

Hougang memperoleh jaringan saguhati pada masa kecederaan menerusi Gabriel Quak.Kemenangan ini menyaksikan Sabah kekal di puncak Kumpulan H dengan 12 mata selepas lima perlawanan.

sumber:- BH

Sabah kembali ke beraksi 3 Disember ini bagi aksi Liga Super berdepan Perak sebelum melengkapkan aksi terakhir peringkat kumpulan Piala AFC berdepan PSM Makassar pada 14 Disember.