sukan

Media Korea paparkan ‘ngauman’ JDT

Media Korea Naver Sports dan Goal.com KR memaparkan kebangkitan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di bawah pimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selepas kunjungan mereka ke Johor untuk Liga Juara-Juara AFC.

Antara perkara yang ditampilkan termasuk bagaimana dana dibelanjakan dengan bijak di pelbagai sudut di JDT, kemudahan fasiliti serba canggih Harimau Selatan yang dijaga dengan baik, penubuhan Akademi JDT dengan kepakaran luar negara dan bagaimana ‘hands-on’ Tunku Mahkota Johor dalam pengurusan kelab.

Turut disebut ialah tarikan komersil kelab yang bukan sahaja membawa jenama utama seperti Nike, IKEA, Unicef ​​dan Hublot sebagai rakan kongsi tetapi juga pembukaan kedai makanan & minuman terkenal seperti Starbucks, KFC dan Subway di Stadium Terbaik Dunia Tahun 2020.

sumber:- FB page JDT

Artikel tersebut turut menyatakan bahawa JDT semakin popular di kalangan peminat Liga K berikutan tiga daripada empat kemenangan menentang Ulsan Hyundai dalam Liga Juara-Juara AFC pada 2022 dan 2023.