Cheam Jun Wei mencipta kejutan menewaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rustavito, dalam tiga set Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi, hari ini.
Selepas menang set pertarungan dalam pertarungan sengit 23-21, Jun Wei hilang fokus dalam set kedua.Ia membolehkan Shesar bangkit dan menang mudah 21-15 selepas satu ketika mendahului jauh di kedudukan 14-9.
Namun, momentum kemudian beralih kepada Jun Wei dalam set ketiga apabila mendahului 6-3.Tapi Shesar bangkit untuk menyamakan kedudukan 7-7 dan selepas itu tampak bergelut dan pergerakannya di atas gelanggang kelihatan terbatas.
Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Jun Wei untuk di depan 13-9.Dengan Shesar tampak kian tidak berupaya untuk memberikan tentangan, Jun Wei kemudian kutip lapan mata berturut-turut untuk menang 21-9 dan mengiringi satu lagi kejutan terbesar, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, yang meyingkirkan pilihan utama beregu campuran, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 21-11, 25-23.
sumber:- SA
Tetapi nasib berbeza dilalui Leong Jun Hao yang tunduk kepada rakan senegara, Justin Hoh, 13-21, 17-21