sukan

Komen bintang JDT selepas alami kekalahan buruk

Ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat, cukup terkilan sama sekali gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.

Harimau Selatan meratapi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) bakal berakhir di peringkat Kumpulan I selepas menduduki tempat ketiga sekalipun mempunyai baki satu lagi perlawanan bertemu BG Pathum.

Amat mengakui kerapuhan pertahanan JDT dalam pertemuan kali ini yang menyaksikan mereka dibolosi empat kali dalam babak kedua.
“Tahniah kepada Kawasaki kerana bermain dengan begitu baik.

“Kami harus akur, kami tidak memperagakan rentak permainan kami walaupun sudah mencuba.”Mereka mempamerkan aksi sempurna selain meledak jaringan dalam detik yang tepat.”Kekalahan ini perit buat kami. Pasti kami banyak menimba pengajaran daripada perlawanan ini.

sumber:- SA

“Saya cukup marah ketika ini. Kami harus melihat rakaman video sepanjang 90 perlawanan ini memandangkan mereka jauh lebih bagus berbanding kami.”Ia satu pengajaran yang perit dan kami perlu berkembang,” katanya selepas perlawanan.