sukan

Konsert Sah ditangguh

Konsert artis Bollywood, ‘Hrithik Roshan Stars On Fire Kuala Lumpur’ yang sepatutnya diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini sah ditangguhkan.

Acara ini menjadi perhatian peminat bola sepak menjelang seminggu perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC, seminggu kemudian.

Penganjuran konsert Coldplay yang diadakan minggu lalu mengundang persoalan mengenai mutu rumput baru jenis Zion Zoysia yang ditanam.

Yessboss Groups menerusi sosial penganjur acara berkenaan mengumumkan perkembangankonsert — yang turut membariskan artis hebat lain seperti Malaika Aurora, Kanika Kapoor, Sanya Malhotra, Vaani Kapoor, Prabhu Deva, Aastha Gill, Maarshi dan Bharti itu — sebentar tadi.

“Dukacita kami maklumkan bahawa acara yang dinanti-nantikan, “STARS ON FIRE KUALA LUMPUR” yang dijadualkan pada 1 Disember 2023, telah ditangguhkan disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan.

“Keputusan ini diambil dengan persetujuan dan pertimbangan bersama dalam kalangan penganjur iaitu Yessboss Groups, Dembi Productions, dan Heart Art Production Pvt Ltd.

“Kami bakal memaklumkan penetapan tarikh baru dengan artis-artis yang terlibat,” maklum mereka.
Dalam pada itu, Yessboss Group turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan bakal mengembalikan wang pembelian tiket kepada penonton.

“Kami memahami kesulitan yang timbul dan dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang gangguan kepada rancangan anda.”Berikutan penangguhan acara ini, kami telah menyusun semula proses pemulangan wang dengan kerjasama agen tiket kami.

sumber:- SA

“Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai proses pemulangan wang, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan agen tiket kami di info@yessbossticket.com atau melalui telefon di +6011-2186-8055 / +6011-2146-6055,” tambahnya.