Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari akan melakukan percaturan yang lebih ampuh untuk cuba menyaingi Kawasaki Frontale pada aksi keempat Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todokori di Jepun, Selasa ini.
Beliau berkata, pemain Harimau Selatan juga berjanji akan memberi persembahan terbaik walaupun sedar ia tampak mencabar apabila berdepan skuad kendalian Toru Oniki yang dibarisi pemain berkualiti.
“Sudah tentu ia aksi yang sukar menentang pasukan yang hebat di Jepun di tambah pula beraksi di sana.
“Tetapi kami akan cuba beri persembahan terbaik dalam perlawanan itu seperti yang kami pamerkan ketika tewas tipis 0-1 di Johor Bahru, 19 September lalu,” katanya.
Pengendali kelahiran Argentina itu enggan terlalu memikirkan rekod kurang baik JDT apabila setiap kali menentang kelab dari Jepun.
sumber:- BH
“Selepas beraksi menentang Kawasaki di Johor Bahru, kami tahu mampu beri saingan.”Apa kami perlu awasi beberapa pemain berkualiti yang dimiliki Kawasaki dengan saya berharap barisan tengah dan serangan untuk membuat kerja dengan lebih positif,” kata Solari.