Akaun Instagram pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan ketua jurulatih kelab, Esteban Solari, dalam senarai yang diikuti Faisal Halim.
Tonggak kebangsaan itu dikaitkan dipancing oleh kelab dari selatan berkenaan selepas persembahan memukaunya ketika bergandingannya dengan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga-M), Alif Aiman Hanapi, di peringkat kebangsaan.
Ia secara tidak langsung mengundang gosip bahawa Harimau Selatan mungkin berminat untuk memancingnya dan dalam masa sama, Gergasi Merah dalam rundingan untuk menyambung kontraknya.
Begitupun, nama jurulatih di Selangor, Tan Cheng Hoe, tiada dalam senarai pengikutnya di Instagram.
Ketika ini, JDT memiliki beberapa nama untuk mengisi peranan terutama di bahagian sayap menerusi kehadiran Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh.