sukan

Satu lagi konsert minggu depan

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan sekali lagi diuji selepas keadaannya tular sebaik berakhirnya konsert berskala mega kumpulan antarabangsa terkenal, Coldplay.

Kali ini membabitkan konsert bintang Bollywood, Hrithik Roshan pada 1 Disember depan – seminggu sebelum final Piala Malaysia 2023.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dalam satu temu bual hari ini, memberikan jaminan bahawa padang stadium keramat Harimau Malaya itu akan sedia digunakan pada final Piala Malaysia melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu pada 8 Disember depan.

Ia memandangkan terdapat tapak semaian berdekatan stadium berkenaan dan proses penggantian rumput Zeon Zoysia itu tidak memerlukan sebarang kos.

“Jadi jangan risau, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan padang sudah tersedia untuk perlawanan nanti,” katanya dalam temu bual itu.

sumber:- SA

Persoalan ketika ini ialah apa pelan PSM untuk memastikan rumput semaian yang sedang ditanam, cukup matang untuk digunakan pada final Piala Malaysia?