Sabah jelas mempamerkan kelas tersendiri apabila membelasah Terengganu 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Gong Badak sebentar tadi.
Ramon Machado meletakkan The Rhinos di depan menerusi penyudah akrobatiknya pada minit keenam sebelum Saddil Ramdani menggandakan kelebihan itu pada minit ke-29.
Miguel Cifuentes kemudian menemui hantaran lintang ke belakang Rizal Ghazali sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang menggegarkan jaring Suhaimi Husin, sekali gus memberikan pasukan Negeri di bawah Bayu itu kelebihan tiga gol menuju ke bilik persalinan.
Dalam babak kedua, Sabah menambah satu lagi gol, kali ini menerusi pemain gantian, Jafri Firdaus Chew, yang menolak masuk lintangan Machado, tidak sampai tiga minit selepas perlawanan bersambung.
sumber:- SA
Dengan kemenangan itu, Sabah kekal di tangga keempat liga dengan 48 mata, tiga mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Kedah Darul Aman FC.