sukan

Ramai beri sokongan kepada Zii Jia

Musim 2023 bukanlah tahun terbaik buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila pelbagai kontroversi menghantui dirinya di samping prestasinya seperti yo-yo sehingga menerima pelbagai kritikan hebat dari warganet.

Namun begitu, di saat dirinya teruk dihentam kerana sering kalah di pusingan awal, ramai peminat setia mendoakan agar Zii Jia dapat bangkit kembali dan tampil dengan prestasi yang lebih konsisten pada tahun hadapan.

Meninjau ruangan komen Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM), masih ramai memberi sokongan dan percaya kepada kemampuan pemain muda negara itu.

“LZJ (Lee Zii Jia), perlu kembali dengan penuh semangat untuk mengalahkan lawan-lawanmu. Sementara itu, berehatlah dengan baik dan selamat bercuti. Selepas itu, teruskan latihan, latihan, dan latihan. Jangan menyerah apabila kamu (Zii Jia) tersesat, tetapi fikirkan taktik lain untuk terus berjuang, berjuang, berjuang,” kata Rosalin Tan.

“Sekarang semua orang tahu dan belajar permainan LZJ (Lee Zii Jia) selama berjam-jam. Mereka (lawan) sudah tahu di mana mereka akan menyerang. LZJ perlu mengubah permainannya, jika tidak, beliau akan tempuh hari yang sukar nanti (kejohanan akan datang),” Mohd Fazil Abdullah.

“Tidak berada di tahap yang terbaik. Perlu meningkatkan lagi kekuatan mentalnya kerana LZJ (Lee Zii Jia) adalah pemain berkualiti yang sangat bagus apabila dia berada dalam prestasi terbaiknya,” kata Dilot Joe Adam.

“Pelajari kemahiran baru. Lawan semakin meningkat. Sentiasa rendah diri dan sediakan kaedah baru. Cara bermain perlu berubah. Jika anda (Zii Jia) mahu ranking yang berkualiti, hanya diri sendiri yang boleh memutuskan. Zii Jia telah bermain dengan yang baik hari ini (Masters China). Bersedia untuk kejohanan seterusnya. Semoga berjaya,” kata Tee Huat.

Kekalahan pemain berusia 25 tahun ini kepada lawan dari Jepun, Kenta Nishimoto straight set 11-21, 12-21 di Masters China hari ini bermakna dirinya menutup tahun 2023 dengan pencapaian yang kurang memberangsangkan.

Untuk rekod, sepanjang tahun ini, pemain profesional negara itu hanya mampu layak ke final dua kali iaitu muncul juara Terbuka Arctic dan naib johan di Terbuka Denmark.

sumber:- HM

Selebihnya dirinya sering tewas di separuh akhir sebanyak tiga kali, suku akhir (2) dan lebih 10 kali di tunjuk jalan keluar pada pusingan awal daripada 22 kejohanan yang disertainya.