sukan

Di Maria mengamuk selepas disimbah bir

Rakaman baharu mendedahkan bintang Argentina, Angel Di Maria meludah ke arah penyokong Brazil selepas mereka menyimbahnya dengan air bir di tepi terowong Maracana.

Di Maria masuk ke bilik persalinan bersama rakan sepasukannya selepas penyokong mencetuskan kekecohan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil semalam, yang menyaksikan dia serta rakan sepasukannya disimbah minuman alkohol itu.

Berang dengan tindakan itu, Di Maria bertindak balas dengan meludah ke arah penyokong Brazil.

Ketika lagu kebangsaan dimainkan, penyokong mula bergaduh dan pegawai polis memukul mereka dengan belantan, menyebabkan Lionel Messi membawa rakan sepasukannya ke bilik persalinan.

Tidak jelas apakah yang menyebabkan berlaku kekecohan itu, tetapi penyokong dilihat menyerang antara satu sama lain, malah merosakkan kerusi tempat duduk.

Untuk meredakan ketegangan itu, polis pada awalnya dilihat bertindak tegas ke atas penyokong lawan sebelum menggunakan belantan dan memukul mereka menyebabkan beberapa orang berlumuran darah mengalami kecederaan.

sumber:- HM

Messi kemudian membawa rakan sepasukannya ke bilik persalinan di tengah-tengah situasi tegang yang pada awalnya sukar untuk diredakan.