sukan

Tiada Istilah ‘simpan kuku’

Istilah ‘simpan kuku’ tampak tiada dalam kamus juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim menjelang aksi Liga Super menentang Kuching City di laman sendiri pada Khamis.

Kapten skuad Harimau Selatan, Jordi Amat menegaskan pasukannya akan menggunakan pendekatan sama menerusi kesebelasan terbaik walaupun berdepan aksi penting Liga Juara-Juara Asia (ACL).

JDT kembali beraksi dalam saingan tempatan susulan tamat rehat antarabangsa sebelum ini, dengan menerim kunjungan Kuching City di Stadium Sultan Ibrahim.

Sementara menantikan perlawanan ACL berdepan Kawasaki Frontale di tempat lawan, ramai yang menjangkakan JDT bakal menampilkan kesebelasan yang berbeza namun Jordi tampil memberikan bayangan sebenar.

“Berdepan Perak sebelum ini cukup baik buat kami kerana sudah lama tidak beraksi di laman sendiri,” kata Jordi.

sumber:- SA

“Ia menghadirkan semangat yang positif dalam pasukan dan kami mahu meneruskannya dalam perlawanan berikutnya.
“Kami perlu menikmati perlawanan dan melihat kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan terdahulu sekaligus memperbaikinya untuk memastikan permainan yang lebih baik.”