Sesiapa yang menyaksikan jaringan menakjubkan Irfan Fazail ketika untuk Sabah ketika menentang Kelantan, Isnin lalu pasti terpukau.
Sambil menampan bola, Irfan kemudian ambil dua langkah sebelum meledakkan rembatan bagaikan peluru yang sama sekali menewaskan penjaga gawang Kelantan, Muhammaad Irfan Haikal, pada minit ke-56.
Ia adalah gol keempat daripada tujuh gol yang disumbat Sabah ke dalam gawang Kelantan.
Bagi Kelantan, kekalahan tujuh gol itu menyaksikan skuad Pantai Timor itu sudah bolos 102 gol dalam 23 aksi Liga Super.
Antara kekalahan terbesar Kelantan musim ini dalam Liga Super:
19 Apr: Sabah 6 Kelantan 1
14 Aug: Kelantan 0 Terengganu 8
25 Aug: Kelantan 2 Selangor 11
28 Okt: Perak 8 Kelantan 0
sumber:- SA