Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman sahkan persetujuan bersama Ailton Silva untuk bawa haluan masing-masing.
Menurut Zul Ikman, Silva terpaksa ucap selamat tinggal kerana beliau perlu segera pulang ke Brazil akibat ibunya mengalami masalah kesihatan.
Kekosongan Silva akan diisi oleh Penolong Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor yang bakal kendali Sang Kijang Hijau bagi harungi baki 3 perlawanan Liga Super.
Silva menyertai Kelantan United pada Jun lalu bagi menggantikan Tomas Trucha dan antara pencapaian terbaik ialah membawa kelab ke separuh akhir Challenge Cup 2023.
“Berita ini adalah benar, ia adalah mutual termination antara kedua pihak. Kita menaruh keyakinan kepada jurulatih yang dilantik cuma ini adalah faktor emaknya yang tidak sihat. Umurnya 80 lebih jika tak silap saya dan duduk seorang, itu yang Coach Ailton terpaksa balik”.
“Kita ada lagi 3 perlawanan, kalau nak ambil jurulatih lain pun melibatkan kos. Jadi lebih baik kita guna jurulatih sedia ada, iaitu Nazrul. Tak perlu kita nak tambahkan kos”, katanya .