sukan

Belum main pengendali Indonesia sudah beri alasan

Timnas Indonesia akan turun menentang pasukan Filipina di Stadium Rizal Memorial, Manila bagi aksi kedua kumpulan F kelayakan Piala Dunia malam ini.

Menurut pengendalinya dari Korea Selatan, Shin Tae-yong berkata menerusi bola.kompas.com, beliau dan anak buahnya kini menghadapi kecergasan menjelang aksi malam ini setelah mengharungi perlawanan menentang Iraq tempoh hari. Namun, satu lagi masalah timbul apabila mereka akan bertandang ke Filipina dan bermain di padang yang mempunyai rumput sintetik sekaligus memberikan kekurangan bagi pasukannya.

“Sejujurnya kami mengharungi perjalanan yang jauh dari Iraq, yang sudah pastinya melibatkan perbezaan waktu. Jadi kami harus menbiasakan diri dengan keadaan di Manila, namun kami tetap berusaha untuk mempersiapkan diri dalam keadaan terbaik untuk perlawanan esok (hari ini). Kami berada di Filipina ketika ini, dan akan beraksi di atas rumput sintetik. Ini bukan situasi yang mudah buat kami” ujar beliau.

sumber:- SA

Namun begitu, beliau lantang menyuarakan bahawa pasukannya telah bersiap sedia untuk perlawanan ini dan segala persiapan telah berjalan dengan baik.