Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon, sudah mengkaji kelebihan yang dimiliki pasukan Chinese Taipei menjelang aksi Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia Asia 2027 di Taipei City malam esok.
Munurut pengendali dari Korea Selatan itu, Chinese Taipei sebuah pasukan yang amat berdisiplin, memiliki kelebihan fizikal dan pemain naturalisasi yang amat berbahaya.
Bagaimanapun, itu bukan satu alasan untuk Harimau Malaya terlepas tiga mata kedua selepas menundukkan Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis lalu.
Dalam sidang media pra-perlawanan itu sebentar tadi, Pan-gon berkata: “Saya fikir kami sudah mendapat maklumat, di mana mereka memiliki pemain naturalisasi, ada pemain yang bermain di China selain ada pemain yang amat berpengalaman.
“Apa yang saya tahu, Chinese Taipei sentiasa mengagumkan saya, bukan hanya kali ini tetapi mereka sentiasa seperti itu.
“Pemain mereka amat berdisiplin, berusaha keras, amat kuat dan bagi saya, mereka juga memiliki fizikal yang amat baik dan atletik.
sumber:- SA
“Saya amat mengenali perwatakan pemain Chinese Taipei dan kami juga memiliki analisis terperinci terhadap setiap individu.
“Kami akan menggunakan kesemua maklumat itu dalam perlawanan esok dan harap-harap ia akan berkesan dan kami mendapatkan tiga mata,” katanya.