sukan

Jurulatih Taiwan cepat-cepat isytihar

Jurulatih bola sepak Chinese Taipei , Gary White pantas mengisytiharkan pasukannya sebagai ‘underdog’ dalam pertemuan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 pada Selasa.

Katanya Malaysia dengan dibarisi pemain berstatus naturalisasi dan warisan pasti akan lebih tertekan dalam mencari tiga mata penuh.

“Anda (Malaysia) perlu waspada dengan underdog,’ kata White dalam sidang media pra perlawanan pada Isnin di Taipei. “Ia mampu mengejutkan ramai orang.

“Fokus kami kepada apa yang kami lakukan dan saya pasti Malaysia juga fokus kepada kami. Kami sudah bersiap sedia untuk perlawanan ini dan akan berjuang bermati-matian.

“Kami sedia maklum Malaysia mengambil ramai pemain dari luar (naturalisasi dan warisan),” katanya. “Kami tahu mereka cuba kuatkan pasukan mereka dan kami faham kenapa mereka berbuat demikian.

Chinese Taipei pasti berasa yakin memandangkan pertemuan terakhir menentang Malaysia, The Blue Wings menang 2-0 dan ketika ini kebal di gelanggang sendri.

“Kami tidak peduli siapa pasukan yang datang,” kata White. “Dan kali terakhir pertemuan, kami menang dengan Malaysia, Maka kami tidak gentar.

sumber:- SA

“Kami akan pastikan Malaysia tidak akan berasa selesa dalam perlawanan malam esok.”