sukan

Peluang Malaysia melonjak lebih tinggi

Misi kemenangan ke atas Chinese Taipei boleh dianggap misi serampang dua mata buat skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon.

Selepas tundukkan Republik Kyrgyzstan, Harimau Malaya meraih 15.49 mata untuk menduduki 129 dunia dan akan bertandang ke Taipei bagi pertembungan kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Selasa ini.

Malaysia kini mengumpul 1112.21 mata dan kemenangan ke atas Chinese Taipei memungkinkan tambahan 10.66 mata sementara seri ditolak 1.84 mata dan kalah 14.34 mata.

sumber:- SA

Kejayaan di tempat lawan mampu menggugat kedudukan Republik Africa Tengah menjelang pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi sebaik jadual antarabangsa berakhir.