sukan

Reaksi Pan Gon selepas ditanya mengenai Leandro Velazquez

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon ingin memberi fokus kepada perlawanan menentang Kyrgyzstan terlebih dahulu dan menganggap ia perlawanan sangat penting untuk mendapat tiga mata dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027.

Kata Pan-gon, untuk memikirkan mengenai pemain yang akan dipanggil pada perlawanan atau kejohanan akan datang, bukan masa terbaik selepas dikatakan Leandro Velazquez bakal mendapat status naturalisasi namun mereka ingin memberi fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan dahulu.

“Kita fokus kemudian apa yang boleh kita boleh lakukan, kita lakukan. Kejohanan (Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027) ini sangat penting. Kami mencuba yang terbaik dan melakukan persediaan yang baik. Ini adalah matlamat kami sebagai jurulatih.

“Kita tidak tahu apa akan berlaku atau pemain lain akan datang atau tidak, saya tidak peduli. Jadi pada saat itu, jika kita boleh dapat pemain yang lebih baik dengan pemain yang sedia ada, itu bagus.

“Tetapi pada saat ini sangat penting bagi kita, sangat penting apa yang kita ada (pemain). Saat ini kita mesti bersikap hormat, menjaga mereka, memotivasikan mereka dalam keadaan baik dan membuat mereka rasa tenang.

“Jadi kita mesti bersatu, dengan penonton, media, peminat, pemain dan jurulatih. Semua kita mesti bersatu untuk fokus bagi berjuang untuk mendapatkan tiga mata di gelanggang sendiri, tiga mata di luar (gelanggang lawan).

“Ini adalah matlamat sangat besar untuk kita kerana kita melawan pasukan yang berada di ranking 97 dunia, sesuatu yang sangat sukar, tetapi kita akan mencabar mereka dan lebih baik fokus,”katanya.

sumber:- HM

Malaysia akan menerima kunjungan pasukan Kyrgyzstan pada 16 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum terbang ke Taiwan pada 21 November ini.