sukan

“Ini satu tanda yang baik “

PENINGKATAN prestasi yang dipamerkan Johor Darul Ta’zim (JDT) disifatkan cukup positif dan berada di landasan tepat untuk menjadi antara pencabar terkuat pasukan gergasi Asia dalam beberapa tahun lagi.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, Harimau Selatan sentiasa mempamerkan peningkatan setiap tahun dan kejayaan sekali lagi menumbangkan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai membuktikan perancangan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semakin memberikan impak.

“Di peringkat Asia Tenggara kita nampak memang JDT tidak mempunyai masalah untuk menguasai dan mereka juga sudah menjadi pasukan terbaik di Asia Tenggara dengan segala kelebihan yang dimiliki mereka dari setiap segi.

“Asia pula, kejayaan menumbangkan Ulsan sememangnya bukan satu kerja yang mudah dan itu juga bakal menambahkan lagi semangat JDT untuk mencabar pasukan-pasukan terbaik di Asia.

“Tiada yang mustahil untuk JDT kerana mereka selangkah demi selangkah ke hadapan dan kita mahu melihat mereka menjadi antara pasukan terkuat di Asia,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

JDT meraih kemenangan menakjubkan ke atas juara Liga Korea, Ulsan 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan melebarkan statistik kemenangan ke atas kelab dari Korea Selatan itu apabila pernah menewaskan mereka dua kali pada aksi ACL tahun lalu.

Malah, kejayaan di Iskandar Puteri itu juga menghidupkan peluang skuad Esteban Solari itu mara ke pusingan kalah mati apabila berada di kedudukan ketiga dengan enam mata dan akan menentang Kawasaki Frontale dan BG Pathum United dalam dua aksi terakhir kumpulan I.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik JDT di pentas ACL adalah berjaya mara ke pusingan 16 terbaik dalam saingan musim lalu.

Dalam pada itu, Mohd Azraai turut melihat peningkatan dipamerkan JDT di pentas ACL selain Terengganu FC dan Sabah di Piala AFC sesuatu yang harus dibanggakan.

“Ini satu tanda yang baik untuk bola sepak negara terutama Terengganu juga menang semalam. Sejauh ini, wakil negara di pentas asia menunjukkan mereka boleh bersaing di peringkat tersebut.

sumber:- SH

“Apa yang penting, mereka kena konsisten dan meneruskan rentak cemerlang dan pastinya mereka akan terus dapat melangkah jauh dan mengharumkan nama negara,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago