sukan

Manchester United tersungkur lagi

Manchester United berada di ambang tersingkir awal daripada Liga Juara-Juara selepas mensia-siakan pendahuluan 2-0 sebelum tumpas 4-3 di tangan FC Copenhagen awal pagi tadi ketika Marcus Rashford dibuang padang di ibu negara Denmark.

Rasmus Hojlund kelihatan mencetus mimpi ngeri bekas kelabnya apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh setengah jam.

Namun selepas Rashford dibuang padang nasib United semakin buruk apabila mereka mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Kumpulan A.

Mohamed Elyounoussi dan Diogo Goncalves menerusi penalti menyamakan kedudukan buat Copenhagen sebelum rehat.Penalti Bruno Fernandes meletakkan United kembali di depan namun dua gol dalam tempoh tujuh minit terakhir menerusi Lukas Lerager dan pemain berusia 17 tahun, Roony Bardghji membantu kemenangan pertama Copenhagen dalam Liga Juara-Juara sejak tahun 2016.

sumber:- BH

United merudum ke tangga tercorot kumpulan itu, satu mata di belakang Galatasaray dan Copenhagen, dengan berbaki dua perlawanan. – AFP