sukan

JDT akhirnya berjaya pintas Buriram United dalam senarai Ranking

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini bergelar kelab nombor 1 di Asia Tenggara selepas mengejutkan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara (ACL).

Kemenangan kedua JDT dalam saingan peringkat Asia terhasil dalam aksi bertemu juara K-League dengan keputusan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi laman Opta Analyst, JDT kini kembali menjadi kelab nombor satu di ASEAN mengatasi kedudukan Buriram United.
Dalam senarai ranking yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia, Harimau Selatan mengumpul 74.3 mata sekaligus menghuni tempat ke-392 dunia berbanding tangga ke-573 Februari lalu.

Ia sekaligus menjadikan JDT sebagai menjadi satu-satunya kelab tunggal Malaysia tersenarai dalam kelompok kelab 500 terbaik dunia.

Di peringkat Asia, JDT berada di tangga ke-22, mengatasi kelab-kelab ternama seperti Buriram United (ke-48), Melbourne City (ke-36) dan juga lawan di Kumpulan l, BG Pathum United yang menghuni tangga ke-121 di Asia.

Harimau Selatan bakal berdepan BG Pathum dalam aksi kelima ACL di gelanggang sendiri dalam misi untuk mara ke pusingan kalah mati.

sumber:- SA

JDT kekal kelab paling unggul Malaysia dan jauh meninggalkan kedudukan kelab kedua, Selangor yang berada di tangga ke-1900 dan Terengganu ketiga di tangga 1947 dunia.