sukan

Mereka main dengan taktik luar biasa — Pengendali Ulsan Hyundai

Pengendali Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo akui tuah tidak berpihak kepada pasukannya walaupun telah menunjukkan persembahan terbaik pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Beliau yang turut terkilan menyaksikan skuad kendaliannya tewas 1 -2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) turut memberitahu bahawa pasukannya patut menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2.

“Bermain di stadium pihak lawan (SSI), kita telah berusaha sehabis mungkin tetapi tuah tetap tidak berpihak buat Ulsan dan saya akui JDT bermain dengan taktik `luar biasa’ sehingga mereka dapat tewaskan kami,” katanya.

Untuk rekod, skuad The Tigers itu menewaskan JDT 3-1 di Stadium Ulsan Munsu, 24 Oktober lalu.
Mengulas lanjut, Myung-bo berkata, kegagalan pemain menyempurnakan deretan peluang pada aksi tersebut juga dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan berkenaan.

Malah pengendali berusia 54 tahun itu berkata, perkara seperti itu juga secara tidak langsung telah menyebabkan konsentrasi kesebelasan pemain terjejas pada sebahagian besar perlawanan.

“Sekali lagi, kita terpaksa akur dengan kekalahan kepada JDT.“Pemain juga sudah memberikan aksi terbaik mereka dan bagi saya tiada rezeki untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan ini.

sumber:- SA

“Saya rasa anda juga lihat bagaimana kami memberikan tekanan kepada JDT dalam tempoh lima minit terakhir permainan, namun percubaan-percubaan yang dilakukan digagalkan oleh ketangkasan penjaga gol JDT”, jelasnya.