BEREGU campuran utama negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bermula dengan langkah kanan dalam saingan Korea Masters 2023 di Gwangju pada Rabu.
Pasangan ke-10 dunia itu mengalahkan Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun dari Taiwan pada pusingan awal 21-19 dan 21-6 dalam tempoh masa 23 minit permainan.
Menanti pilihan keempat kejohanan itu ialah rakan senegara, Hoo Pang Ron- Cheng Su Yi yang menumpaskan beregu Korea, Wang Chan-Shin Seung Chan 23-21,21-15 dalam satu lagi aksi.
Turut mara ke pusingan kedua pada Khamis ialah beregu pilihan kelima, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang menewaskan gandingan Jepun, Hashiro Shimono-Miku Shigeta, 21-8, 21-12.
Pada pusingan kedua, pasangan negara itu akan membuat perhitungan dengan Yun Seong An-Lee Yeon Woo dari Korea Selatan yang menundukkan Su Li Wei-Sun Wen Pei dari Taiwan 21-15, 21-14.
Beregu meningkat naik, Yap Roy King-Valeree Siow pula mengatasi gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Hsu Ya Ching, 12-14, 21-10.Mereka akan menguji kekuatan pilihan ketiga kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun yang mengalahkan pasangan Jepun, Hiroki Nishi-Akari Sato, 21-19, 21-11.
Pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tidak mengecewakan apabila mudah meneruskan kemaraan selepas mengalahkan pasangan Taiwan, Lu Chen-Cheng Yu Pei 21-15, 21-10.
Menanti pasangan negara pada pusingan kedua ialah gandingan Taiwan Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun yang mengenepikan cabaran wakil Amerika Syarikat, Vison Chiu-Jennie Gai, 21-14, 19-21, 21-17.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi juara Kuala Lumpur Masters Ahad lalu, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See apabila ditunjukkan jalan keluar lebih awal.
sumber:- SH
Mereka terpaksa akur tewas straigt set di tangan beregu Taiwan, Yang Po-hsuan dan Hu Ling Fang 21-11, 21-14 dalam tempoh kurang setengah jam permainan.