sukan

FAM bukan nak main – main

Menguasai pentas bola sepak Asia Tenggara dan mencabar di benua Asia menjadi fokus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Fokus itu diletakkan badan induk berkenaan menerusi Pelan Kedua Tindakan Strategik Peta hala tuju F:30 2023-2026 yang akan dilancarkan, Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai butiran pelan fasa kedua itu dengan ia akan dibentangkan pada majlis pelancaran itu nanti.

“Kita tunggu Sabtu ini, dekat situ kita akan nampak dengan jelas dalam pembentangan mengenai pencapaian fasa satu dan perancangan untuk fasa kedua,” katanya.

Peta Hala Tuju F:30 dengan tempoh 12 tahun dibahagi kepada tiga Pelan Tindakan Strategik iaitu fasa pertama 2019-2022, fasa kedua 2023-2026 dan fasa ketiga 2027-2030.

Pelan Pertama Tindakan Strategik 2019-2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018.

Dalam perkembangan lain, FAM menerusi mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, semalam bersetuju penganjuran Liga Futsal Premier Malaysia bagi kategori lelaki tahun hadapan dibahagikan kepada dua divisyen.

sumber:- BH

Sementara itu, Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 yang memasuki edisi kedua dijadualkan bermula pada April tahun hadapan dengan format pertandingan akan diperincikan kemudian.