Selepas lebih setahun menyepi akhirnya penyokong bola sepak tempatan dapat menyaksikan pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh kembali beraksi pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan 16 November ini.
Berdasarkan senarai nama pemaindikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyaksikan Sumareh antara lima tonggak baharu yang dipanggil semula Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan.
Malah, Pan-gon juga mengikuti saranan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila memanggil tonggak Harimau Selatan Afiq Fazail untuk membantu pasukan kebangsaan meraih keputusan positif kelak.
“Lima pemain baharu yang kembali tersenarai kali ini ialah penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, tonggak pertahanan Shahrul Saad dan Syahmi Safari selain pemain tengah Afiq serta Sumareh,” katanya, menerusi kenyataan sebentar tadi.
Selain itu, berdasarkan senarai pemain beraksi pada kejohanan Pestabola Merdeka menyaksikan Pan-gon menggugurkan lima pemain iaitu Sergio Aguero, Nur Shamie Iszuan Amin, Mohd Suhaimi Husin, Quentin Cheng dan Safawi Rasid.
Mengikut rekod, kali terakhir Sumareh disenaraikan dalam skuad kebangsaan pada Jun tahun lalu bagi mengharungi saingan kumpulan E pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.
Afiq yang sering membarisi kesebelasan utama JDT pula hanya disenaraikan Pan-gon pada perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pada Disember tahun lalu sebelum dia digugurkan daripada skuad kebangsaan.
Pasukan kebangsaan yang baharu saja mengharungi perlawanan Pestabola Merdeka bulan lalu akan menjalani latihan pusat bermula Jumaat ini.
sumber:- HM
Latihan pusat terbabit sebagai persediaan bagi mengharungi perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan (16 November) dan Taiwan (21 November).
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More