Chan Peng Soon-Cheah Yee See untuk menamatkan kemarau gelaran selama enam tahun menerusi Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur setelah menundukkan wakil Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong, sebentar tadi.
Beregu campuran di ranking ke-44 itu memulakan langkah dengan nota positif untuk apabila menawan set pertama 21-9.
Namun, kelekaan di pertengahan set kedua memberi ruang buat pencabar mereka untuk mengikat kedudukan sebelum melepaskan set kedua 17-21.
Tetapi situasi itu tidak dibiarkan berlarutan buat Pakkapon-Phataimas — yang mengetepikan dua wakil negara menuju ke pentas final di Stadium Titiwangsa — untuk terus menguasai permainan.
sumber:- SA
Permainan lebih tersusun daripada Peng Soon-Yee See dalam set penentuan kemudian memuktamadkan permainan 21-10.