sukan

Dugaan terus menimpa skuad B-23 Malaysia

Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara bakal mengharungi cabaran getir untuk menghimpunkan barisan pemain terbaik pada saingan Piala Asia B-23 pertengahan musim depan apabila kejohanan itu berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Hal ini bermakna, kemungkinan besar terdapat beberapa tonggak utama termasuk yang beraksi bersama kelab di luar negara tidak mendapat pelepasan sekali gus merencatkan persiapan pasukan untuk membariskan pemain terbaik bagi mengharungi kejohanan itu.

Menurut Pengurus skuad Bawah B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar, situasi berkenaan menjadi barisan kejurulatihan dalam menyusun strategi bagi mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Qatar.

“Apa yang boleh kita katakan perlu memikirkan segala kemungkinan termasuklah ada beberapa tonggak seperti Luqman Hakim Shamsuddin dan Nooa Laine mungkin tidak mendapat pelepasan kelab kerana di luar kalendar Fifa.

“Oleh itu, kita akan melakukan perbincangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya memberi ruang dan peluang kepada pemain skuad B-23 menjalani latihan awal untuk ke kejohanan itu.

“Saya faham ada beberapa pemain skuad B-23 juga adalah tonggak utama pasukan Liga Super sekali gus mengharapkan mereka juga dilepaskan kelak,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, skuad B-23 negara berjaya menempah slot ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar pada tahun hadapan selepas muncul antara empat pasukan naib juara kumpulan terbaik dalam aksi kelayakan.

Malaysia layak sebagai salah satu daripada empat pasukan di tangga kedua terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata hasil daripada dua kemenangan.

Sementara itu, berkaitan terdapat beberapa tonggak utama skuad B-23 turut beraksi bersama skuad senior, Shahril memaklumkan situasi berkenaan tidak mengganggu perancangan pasukan muda namun berharap mereka tidak berhadapan masalah kecederaan.

sumber:- HM

“Kita juga akan mengadakan perbincangan bersama skuad senior kerana seperti sedia maklum mereka juga mengharungi perlawanan Piala Asia awal tahun depan dan mungkin ada beberapa pemain skuad B-23 beraksi dalam pasukan itu,” katanya.