Manchester United tamatkan derita emosi penyokong

Manchester United menamatkan prestasi buruk mereka apabila kapten pasukan, Bruno Fernandes meledak pada minit ke-90 bagi mencipta kemenangan 1-0 mengatasi Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Fulham sebentar tadi.

Perlawanan itu tampak akan berakhir dengan seri sebelum Fernandes mendapat bola yang terlepas dan meledak ke penjuru.

Kekalahan 3-0 berturut-turut di laman sendiri buat United ialah permulaan paling teruk sejak 1962 dan memberikan tekanan terhadap pengurus, Erik ten Hag namun kemenangan di Craven Cottage melegakan sedikit pengurus itu.

Namun ketika kemenangan itu amat dinantikan, persoalan masih wujud mengenai bagaimana United akan melaluinya di bawah kendalian pengendali Belanda itu selepas satu lagi persembahan hambar.

Kemenangan tipis tiga kali berturut-turut di laman lawan mengangkat United ke tangga keenam dengan 18 mata daripada 11 aksi sebelum rehat hujung minggu ini.

sumber:- BH

Fulham, yang menyaksikan dua cubaan mereka dinafikan Andre Onana pada babak kedua, berkedudukan ke-14 dengan 12 mata. – REUTERS