sukan

Safee Sali kesal dan pelik

Pemain dihukum jika membuat buat aduan menjadi situasi yang tidak sepatutnya berlaku, tapi itulah senario bola sepak Malaysia ketika ini.

Terdapat pemain yang cuba menuntut hak mereka tetapi dikenakan tindakan termasuklah ditamatkan kontrak tanpa sebarang sebab.
Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia, Safee Sali kesal dengan situasi itu walaupun pada dasarnya pemain punyai hak berbuat demikian.

“Memang aduan itu ada dari banyak pasukan. Saya tidah mahu menyebut mana-mana pasukan. Polisi kami juga memang tidak mendedahkan sesiapa yang membuat aduan. Nampaknya ada pasukan yang menghukum pemain apabila membuat aduan. Itu tidak betul.

” Pemain membuat aduan bukan untuk memburukkan pasukan, tetapi untuk selesaikan masalah. Bila masalah tidak diselesaikan, akan ada tekanan dan pemain akan kecewa dan membuat aduan untuk menyelesaikan masalah.

” Sebaliknya pihak pengurusan melihat pemain yang membuat aduan adalah satu kesalahan yang besar dan bertindak menghukum pemain itu. Pendedahan dan keterbukaan untuk pihak pengurusan menerima aduan itu tidak ada. Tidak selesailah masalah, kata Presiden PFAM, Safee Sali.

Justeru apa langkah yang sepatutnya dilakukan pemain? Ini jawapan Safee.” Saya faham apa perasaan pemain dan masa depan. Mereka bermain sebagai sumber rezeki dan profesional. Tapi mereka juga fikirkan pihak pengurusan. Sudah lama pengurusan tidak selesaikan, jadi sampai bila?.

sumber:- SA

” Pemain tahu jika buat aduan akan dikenakan tindakan. Saya sarankan pemain jangan takut untuk buat aduan dan kami akan selindung siapa yang membuat aduan, tidak mendedahkan pemain itu. PFAM adalah badan yang cuba selesaikan masalah seperti ini.