sukan

Leong Jun Hao cemerlang ke suku akhir

Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao berjaya mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara Lee Shun Yang dalam aksi pusingan-16 di Kejohanan Badminton KL Masters 2023 pada Khamis.

Pemain itu mencatat kemenangan dalam aksi straight set 21-15 dan 21-16.Bagaimanapun pilihan kedua kejohanan itu dijadualkan akan turun berdepan dengan pemain dari China Taipei dalam aksi suku akhr nanti.

Sementara itu K.Letshanaa turut mengikuti langkah Jun Hao dalam aksi perseorangan wanita apabila mencipta kemenangan ke atas pemain China Taipei Hung Yi Ting dengan 21-14 dan 21-18.

Letshanaa bakal berdepan dengan pemain dari Korea Selatan Kim Joo Eun di suku akhir nanti.Dalam aksi beregu lelaki pula gandingan Azriyn Ayub dan Tan Wee Kiong dipaksa memerah segala keringat sebelum mampu menundukkan kang Khai Xing/Aaron Tai dalam aksi 3 game.

sumber:- SA

Azriyn dan Wee Kiong mara ke suku akhir dengan kemenangan 23-25, 30-29 dan 21-17.Gandingan itu bakal bertemu dengan beregu Indonesia Sabar Karyaman Gutama/Moh Reza Pahlevi Ishfahani di suku akhir nanti.