sukan

Terima pujian dari TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memuji kualiti kerja Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Baginda berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Menurut TMJ, Ahli Parlimen Segambut itu cukup fokus terhadap kerjanya bagi memartabatkan industri sukan dan pembangunan belia di Malaysia.

Ketika ditanya mengenai dinamika politik dan keseimbangan barisan kepimpinan negara, baginda mempunyai pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut.

sumber:BH

“Berkenaan dengan parti ini saya lebih suka menilai sebagai contoh Hannah Yeoh, bagi saya beliau sangat menakjubkan. Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” kata TMJ.