sukan

Komen Pep Guardiola selepas ‘aibkan’ Manchester United

Erling Haaland menjadi duri dalam daging buat Manchester United apabila dua jaringannya membantu Manchester City menang 3-0 dalam aksi yang Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Old Trafford.

Menurut pengurus City, Pep Guardiola, kemenangan di tempat lawan itu sememangnya mengujakan namun beliau mengakui ia bukan mudah terutama apabila beraksi di gelanggang keramat United.

Namun beliau memuji sikap setiap pemain yang beraksi cukup baik untuk menghadiahkan tiga mata maksiumum sekali gus merapatkan diri dua mata di belakang pendahulu liga Tottenham.

“Sentiasa istimewa buat kami untuk menang di sini di Old Trafford. Ia kelihatan seperti mudah tetapi sebenarnya tidak.

“Kami amat menghormati United. Kami tidak berada pada tahap terbaik kami, terutama pada babak kedua,” kata Guardiola yang memuji aksi bertenaga Haaland.

Dalam aksi itu, Haaland menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26 dan menanduk masuk gol kedua empat minit selepas rehat sebelum mengumpan gol ketiga City jaringan Phil Foden pada minit ke-80.

City memulakan perlawanan itu di luar kelompok empat teratas selepas permulaan tidak sempurna dalam kempen mempertahankan kejuaraan mereka.

sumber:- HM

Namun anak buah Guardiola kekal menjadi pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan liga utama Inggeris buat kali keempat berturut-turut di mana mereka kini melonjak ke tangga ketiga.