semasa

Anwar perlu lebih tegas — TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpandangan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu lebih berani dan tegas dalam membuat keputusan membabitkan kepentingan negara.

“Pada pendapat saya, beliau perlu melaksanakan dan membuat lebih banyak keputusan.

“Niat (Anwar) untuk membuat sesuatu itu ada. Sudah tentu beliau mahu melihat negara ini berjaya, itu sudah pasti, namun saya fikir beliau harus lebih banyak membuat pelaksanaan atau lebih berani dalam membuat keputusan.

“Kita tidak boleh jaga hati semua orang. Anda perlu membuat keputusan apa yang terbaik untuk negara.”Dan ada masa mungkin kita akan dibenci atas keputusan yang perlu dibuat demi kebaikan negara. Buat apa saja keputusan demi kebaikan negara, sungguhpun kadangkala perlu jadi pembenci,” katanya.

Baginda berkata demikian ketika menjadi tetamu program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

sumber:- BH

Tunku Ismail turut senada dengan Khairy bahawa kerajaan kini perlu melaksanakan pelbagai pelan dan perancangan berkait ekonomi dan pembangunan yang diumumkan Anwar sebelum ini.