Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bingung segelintir pemain JDT seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin tidak tersenarai dalam skuad Malaysia.
Menerusi rancangan Nindia Bola semalam, baginda mengakui sentiasa terbuka menyediakan barisan pemain terbaik untuk mewakili Harimau Malaya beraksi di pentas antarabangsa.
Antara nama yang disebut oleh TMJ ialah pertahanan muda JDT, Feroz Baharudin dan Afiq Fazail yang dianggap memiliki kualiti untuk memantapkan skuad kebangsaan.
“Saya hairan mengapa Kim Pan-gon tidak memanggil pemain seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin. Kita boleh lihat statistik Feroz pada musim ini antara yang terbaik.
“Dia (Feroz) suatu hari nanti pasti menjadi kapten JDT. Jangan dilupa juga pemain seperti Hong Wan, Shahrul Saad, Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari yang juga berkualiti untuk mewakili Malaysia,” jelas baginda kepada Nindia Bola.
Pemilihan yang didasari dengan minit permainan juga dianggap kurang tepat tatkala pengendali kelahiran Korea Selatan masih memanggil pemain seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid untuk membantu negara.
sumber:- SA
“Kalau nak kira minit bermain, maka jurulatih boleh mengambil pemain PDRM atau pemain Penang.”TMJ juga berharap agar barisan pemain JDT bakal tersenarai dalam skuad bimbingan Kim Pan-gon untuk membantu Malaysia di Piala Asia tahun hadapan.